Thursday, January 26, 2012

What to do

       Weyh, rasa seronok sebab satu, satu homework siap!! Walaupun ada BANYAK lagi, tapi ia masih bergerak dan saya rasa bersyukur sangat!! Oh, bila listkan, adalah dalam 26 jenis homework yang perlu disiapkan and setakat ni, dah siapkan 8. tinggal 18 lagi 0.0 banyaklah juga sebenarnya. Tiba2 rasa nak siapkan SEMUA by malam ni. Mustahil ke? Nope, nothing is impossible :) So, go fight win!!


      And yeah, untuk SPM!! Wait, SPM 0.0 Ya Allah, saya dah besar!! Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ni, tahun 2012. cuak lah >.< tak boleh main2 dah tahun ni. and nampaknya, saya dah mula sayangkan sekolah :) Saya sayang katil saya, loker saya, kawan2 saya, guru2 saya, surau, and sspians sndiri. Hahaha, time form1 bukan main lagi benci kat sekolah. Sekarang ni, baru rasa sayang. Okay, my aim tahun ni, kurangkan overnight!! Kalau setakat overnight tiga hari, tak payah baliklaaah. Duduk sekolah, nak study dengan jaja, atty, adik and orang lain. Btw, dorm saya best!!

PREFECT ROOM FIRSTFLOOR TOPAZ

       Dorm biro kebe' and biro pute'. Bagus sangatlah tu, sama dorm dengan te'a lagi. And nak tahu tak? Kitorang tengah gaduh sebenarnya -_____- And, i hate it!! Siapa suka gaduh dengan kawan sndiri? Haih, hope dapat baik cepat2. Malaslah gaduh lama2 ni -____- menyusahkan diri, keluarga dan masyarakat je. After CNY ni, banyak benda kena fikir. Kena fikir pasal EMERALD laah yg pastinya. *nama pon captain kan? Kena selalu jumpa Cikgu Habsah and high-com emerald yang lain. Ugghhh, bila Emerald nak naik stage ni? Lebih tepat lagi, bila saya nak naik stage untuk Emerald?? Budak Emerald ni, saya dah cakap elok2 rasanya. Tapi takpe, kalau minggu ni Emerald masih belum dapat, bersedialah kerana captain anda akan menunjukkan taringnya!! MUAHAHAHA okay, dah merepek. Nak sambung buat homework yang masih menimbun tu, bye bye!!

Tuesday, January 24, 2012

Career

CHEMICAL ENGINEERING

dulu, kalau orang tanya
nak jadi apa besar nanti?
kita jawab,
Doktor Pakar Ortopedik
tapi, kita tak minat tulang pun sebenarnya

umur kita nak masuk 17 tahun,
kita kena tetapkan hala tuju dari sekarang
so, kita pilih nak jadi
CHEMICAL ENGINEER :)

jangan tanya kenapa,
sebab kita nak jadilah!! :D

Monday, January 23, 2012

Konserto Terakhir


Novel ni, ambil masa satu hari je nak habiskan
bukan macam interlok, tengok kulit pun, dah mengeluh
tak tahu kenapa novel ni,
macam ada satu daya tarikan yang kuat 
suruh kita habiskan bacaan masa tu juga!!
sebab muka depan dia kot,
Hilmi hensem!!
Tapi, sedih lah ending dia :(
Anyways, bersyukur dapat kaji balik novel ni
yang pasti bukan lagi INTERLOK :) 

p/s : novel ni dr zaman abang lg :)