Wednesday, January 2, 2013

Driving Lessons II

Event  : Test Undang-Undang JPJ
Venue : Unknown (ada computerlah yang pastinya)
Date    : 24/12/2012

          Semalam ada text Pak Cik Jasni, tanya esok nak siap pukul berapa? Tapi dia tak reply :( Pagi ni, tiba-tiba dia call and tanya kat mana sebab Kerol dah tunggu kat bus stop. Adeyyhh, ingatkan pukul 9. Tak sempatlah nak breakfast >.<  Pergi sana, nampak kereta Kerol dengan dua orang lagi duduk kat seat belakang. Masuk je, dia terus bawa kitorang pergi tempat test tu. Dalam kereta, mulalah dia tanya, korang ni dah ready ke belum? Lepas tu, dia tanyalah soalan2 untuk menguji kitorang bertiga ni, tanya limit umur ambil lesen, limit had laju kereta, lesen PSV, peraturan memotong bagai. Hmmm, Alhamdulillah, bolehlah jawab.

          Sampai je tempat tu, Kerol minta IC. Then, dia tolong daftarkan kat kaunter and kitorang pun datang untuk ambil angka giliran. Pagi lagi, nasib baik tak ramai orang. Bila dah tunggu turn, kena thumb print and ambil gambar, bayar RM10. Pergilah masuk bilik untuk jawab test. Soalan dia, semua sebiji macam dalam buku 500 soalan and jawapan yang Pak Cik Jasni bagi. Alhamdulillah lulus, dapat 47/50. Not bad lah kan? >.< 

          Then keluar dari bilik tu, thumb print lagi sekali. Nak bagitahu sikit, kakak yang jaga kaunter tu garang, tak mesra alam langsung >.<  Menyampah eden =.= Tunggulah lagi dua orang tu. Kerol entah menghilang ke mana. Bila diorang dah keluar, call lah Kerol. Kerol tanya siapa yang lulus? Lepas tu, dia belanja air tin laici sebab onle me yang lulus, lagi dua orang tu tak lulus. Then, dia hantar kitorang balik rumah. Kerol cakap, Rabu nanti pergi kelas amali kereta, pukul 8. *bukan pukul 9 tau. Hahahaha :D 

Event : Kursus Amali Kereta
Venue : Sekolah Memandu
Date   : 26/12/2012

          Hari tu, Kerol cakap tunggu dia pukul 8 kat tempat biasa. Datang tepat pukul 8, tapi dia datang pukul 8.10 macam tu. Hahaha tak kisah pun. Then, dia ambil sorang lagi budak, tapi budak tu belajar drive bukan pergi kursus amali sekali. Sampai sekolah memandu dalam pukul 8.30. Dah daftar semua, Kerol suruh minum dulu sebab kursus tu start pukul 10 =.= Alamak . . .

          Masuk bilik  tu, adalah dalam beberapa orang Cina yang dah ada dalam bilik tu. Pilih tempat duduk second line belah kanan, tepi sekali bahagian laluan, senang sikit nak dengar. Hmmm, sambil menunggu pukul 10, cucuk ear phone kat phone and dengar lagu sambil main game. Suddenly, ada sorang budak Cina ni lalu depan and duduk selang satu kerusi. Takpe, okay lagi tu :) Bila dah pukul 10, Pak Cik JPJ tu tak sampai2 lagi. Sambil tu, text Arifah and Shaeera untuk menghilangkan kebosanan. Haih, dikelilingi oleh STRANGERS lagi =.= Tiba2, budak Cina tadi, panggil kawan dia yang CINA JUGAK duduk dekat sebelah me. 

          Okay, Pak Cik JPJ dah sampai!! Dia ambil kedatangan, sebut nama sorang2. Dia sebut "Nurul Sharifah". Angkat jelah tangan :P Then, dia mula bagi talk dia tu. Mula2 dia cakap, saya nak tahu kenapa orang perempuan ni, nak ambil lesen. Lepas tu, dia tanyalah sorang2. Err, jawablah "Senang nak bawa mak pergi mana2". Hahaha, kelakarnya laah alasan tu. Nak tahu Pak Cik JPJ tu cakap apa? "Baik kamu naik bas je, lagi senang". Ceh.

          Then, Pak Cik tu pun ceritalah kisah hidup dia yang tak pernah ada rekod kena saman, bawa bas bertahun-tahun lamanya, kahwin dengan nurse and bila dia pencen bawak bas, dia dapat  tawaran jadi lecturer untuk kursus amali kereta. Gaji pon lumayan. Dia cakap, dia dulu sekolah tak tinggi mana pun. Tapi, sebab dia usaha, dia rajin, dia berjaya!! Tiba2 rasa talk ni dah macam bukan kursus amali kereta, rasa macam kursus RAHSIA KEJAYAAN UNTUK BERJAYA!! Hahaha, tapi kata2 dia memang semua betul. Nasihat dia, datang ikhlas dari hati.

          Bila dia dah habis cerita pasal kisah hidup dia, dia pun start lah cakap pasal kereta. Bila dah 2, 3 ayat, dia tanya "Awak semua ni, ingat ke apa yang saya cakap?" Apa lagi tersengihlah sambil tangan giat mengeluarkan notebook. Dah agak dah notebook ni mesti berguna punya. Pandang sekeliling jap, selain me ada sorang kakak ni je yang keluarkan notebook. Then, Pak Cik JPJ tu pun membebel lagi sebab semua orang macam takde notebook untuk catit apa yang dia nak sampaikan. 

           Bila dah lama dia bercerita, pandang sekeliling kelas lagi, pandang belakang, Mak Aih!! Ramai gila yang kepala dah lentok, TIDUR!! Huh, apalah diorang ni. Tiba2 ada  beberapa orang cina ni, bercakap-cakap sambil bergelak ketawa kat belakang kelas. Pak Cik JPJ tu pun marahlaah, sebab diorang tak respect orang lain. Garang juga Pak Cik ni. Cina tadi pon, terdiam dengan serta-merta. Bila dah pukul 12:15, Pak Cik bawa kitorang tunjuk demonstrasi daki bukit, parking and tiga penjuru. Lepas tu, ada sorang lagi Pak Cik lain, ajar pasal enjin and tayar pancit. Then, kitorang pergi thumb print and balik rumah :) Tunggu lesen L keluar!! Macam biasa, Kerol hantar balik rumah :D

p/s : Pak Cik JPJ cakap, kalau kita senyum pon, itu dianggap RASUAH >.<

Tuesday, January 1, 2013

New Year : 2013

the apple of our eyes

31 DISEMBER 2012
Adwa Fayyad demam :( tengoklah dia pakai cool fever, comel tak? Gambar ni masa habis solat jemaah and itu adalah cermin. Jangan tertipu >.< Adwa senyap je masa tu and tak aktif macam biasa. Saya bawa dia masuk dalam bilik untuk tidurkan dia. Out of blue, Babah dia (my Abang) datang and check suhu dia. Abang terus bawa dia keluar and bagi dia makan ubat. Budak baik, dia telan je ubat tu :) Abang check suhu dia, 38.7'C. Abang kata kalau biar, Adwa boleh sawan >.< Oh tidak!! Budak kecil dan comel tu tak bersalah!! Dia menangis teruk gila, dia tak pernah menangis teruk macam tu :( Then Abang masukkan ubat dalam bontot dia (tak tahu ubat ape =.= ) and mandikan Adwa untuk turunkan suhu dia. After tu, suhu dia turun 1"C. Alhamdulillah, Babah dia doktor :D Tapi kesian, orang lain bising2 tengok fireworks, Adwa menangis kesakitan    >.<  

By the way, check out this new video
Gabungan Anwar Hadi and Mat Luthfi :)

Happy New Year
2013
to all of you :)

May each and everyday of yours be renewed with lots of happiness and love
I am not a high school student anymore,
I am an ADULT!! :D

Saturday, December 29, 2012

It's Tengku again!!


Post di atas, telah dipublished setahun yang lalu. from 2008 until 2011. 
and now,

2012


PATERA!!
          Prefects kena balik awal untuk tolong cikgu2 handle hari pendaftaran. Awal dalam sehari dua kalau tak silap :) And, sumpah aku terkejut gila bila dapat tahu Biro Kebe' kena duduk dengan Biro Pute' >.< And maksudnya, aku satu dorm dengan kau lagi? HAHAHAHA. Takpelah, dah jodoh nak buat macam mana :) As usual, kau dan aku dengan cheer, memang selalu gaduhlah. Haih, aku bukannya tak nak datang practice, macam lah kau tak tahu yang aku ni Captain, mestilah ada banyak kerja lain and kau selalu tak puas hati dengan aku. Sorrylah okay? Takpe, padan muka aku juga akhirnya free2 kena marah dengan Kak Adha =.= LOL, mesti masa aku kena marah tu, kau gelakkan aku kan? Hahaha, aku tak kisah pun
.
   

          Yes, Captains dapat pegi Philippines!! Cop, cop, kau pun pergi juga ke? CONGRATS!! Bahagianya bila kau ada bersama =.= HAHAHA, takde pape kooot, kau tak cari pasal dengan aku rasanya. Hmmm, ada lah kut sikit2 dalam bas. Kau bersubahat dengan Sereena pasal phone aku. Kejam >.< LOL, tak pernah terasa pun dengan kau. Cop, ada jugalah aku terasa dengan kau. Banyak kali je sebenarnya, Tapi, aku tak pernah pun tunjuk semua tu sebab hati aku cepat sejuk :) Tapi, ada satu masa tu, kau dengan Pija, time tu memang aku BENGANG!! Then, aku larikan diri pergi JAC 3. Tapi, aku nampak je usaha kau try nak pujuk aku. HAHAHA, aku pon tak tahu kenapa aku merajuk sampai macam tu sekali :) Stress sangat kot, tengah SPM lah katakan :)


           And last but not least, aku takkan lupa kenangan kat PATERA :) Pasal monster roti, berebut roti supper kat DM, curi roti, sorok2 roti dengan Ji'a :) Main kurung2 kat luar dorm, terjerit-jerit macam orang gila sampai budak JAC 3 marah. Lari2 main kejar2 satu floor. Oh, kena denda buang sampah dua blok sebab kena demerit tong sampah penuh =.= Aku ingat lagi kegilaan kita sama2, and sesi terasa hati pun berlaku. Hahaha, sumpah rindu gila semua tu :') Semangat Assabiyah Patera, bak kata budak Caldera. Gaduh sebab food, dengar lawak Pija, Zack, cerita Edda yang ntah pape, muka innocent Ji'a, Mulyani yang annoying, Ika Dwa yang sporting, Amal yg baik hati, Nana yang cute, dan kau yang sentiasa menceriakan suasana. Weekkk :P Hahaha, tu je nak cakap :)    

COOL GREEN EMERALD!!
*sibuk nak duduk sebelah aku :)

       By the way, aku cakap je tak nak merepek panjang lebar kat kau. Last2, aku merepek kat sini. HAHAHA, takpelah, tak kisah pon kalau kau tak baca post ni :) Biar aku merepek sorang2 :) SAYANG KAU :D
happy birthday XD
eh dah pukul 12 lebih,
HAPPY BELATED BIRTHDAY TE'A
SWEET SEVENTEEN :)

one more thing,
I won't let these little things slip out of my mouth
But if it's true
It's you,
It's you they add up to
And all these little things :')