Thursday, December 29, 2011

No Sulking Please


jangan sesekali ckp mcm taylor swift
ingat! saya bole jd KEJAM
muehehehehe >.<

Tengku Fatin Najihah

TULANG!!
yes, itu anda :)
TENGKU FATIN NAJIHAH TENGKU MD NOORDIN
kau, memang troublemaker aku
aku dah isytiharkan kau secara rasmi ni
tolong rasa bangga sikit ye?

2008
     Okay, first time jumpa kau, "kecilnya budak ni, sama kecil dengan aku". Kau duduk depan katil aku masa tu. Lily 1 Bay 1. Selalu dengan kau and budak2 Bay 1 yang lain. Maklumlah, masa form 1, memang kawan baik kita kawan satu dorm. Kat table dalam DM, dalam surau dan dimana-mana pun, mesti budak satu bay :) Hoi, time form 1 lagi kau dah start cari pasal dengan aku kan? Semua org tidur kepala bawah kipas, kau nak tidur kepala tepi loker. Ape ke he? Tak nak cahaya konon! Sebab Hanis tak puas hati kepala aku kat kaki kau, Kak Siti Sarah Nur Aiman Abdullah Bukhari (aku ingat lagi nama penuh dia) kena masuk campur. -____- Takpe2, nasib baik aku baik, aku pun ikut lah kemahuan kau tu. Selang-seli, hari ni kepala tepi loker, esok kepala bawah kipas. Te'a, manusia paling pelik -.-

2009
     Weyh, nasib baik tak satu dorm dgn kaaauuu. kalau tak, mati aku. Tapi, jumpa masa practice cheer. Kau terpilih tapi kau quit? Suka hati kaulah. Kau pergilah ikut ika asri tuu, quit, quit!! Tak nak masuk cheer sudaaah. Biar aku, Sina, Hanis dgn Fathin jee. wekk :P

2010
    Orchid 1, weyh satu dorm dengan kaau!! Nasib baik aku bay 1, kau bay 2. Yelah kau, bedmate Kak Ama kan?? Piraaaah, kau ingat aku kisah ke kau bedmate siapa? o.0 Kau nak PMR pun, still cari pasal dgn aku kan? Aku tahulah aku dengan Sudin selalu bangun awal tapi, kalau nak suruh aku kejut kau pagi esoknya, bagitahulah awal2. tak payahlah bagitahu time aku dah tidur lepas tu kejut aku yang sedang lena dibuai mimpi ni, semata-mata nak minta tolong aku kejutkan kau esok. >.< tak tenang tidur aku -___-
     And lagi satu, pasal cheer. Mengada-ngada lagi nak quit. Kali ni, aku terpaksa masuk campur pasal kau ringan tahu tak? Kau kena jadi flyer macam aku, aku tak kira. Masuk jugak cheeerr >.< And, nasib baik kau ikut cakap aku :D See, kita menang first place tuuu 0.0 Alhamdulillah :) Sumpah rindu cheer time form 3 :D Aidi, Sina, Fathin, Ika Asri, Hanis, Kau dan Aku. flyer terhebad!!

E GO YA!!
2011
     Hey, satu dorm dengan kau!! Dormleader tu. Masuk2 dorm je, kau terus peluk aku. Tak sangka kau pun suka aku satu dorm dengan kau. Dahlah kita berdua je kat bay 1 tu. Elyza dengan Daiz pon, berdua je kat bay 2. Awal2 memang dorm tu kosonglahkan, sebab form 1 tak masuk lagi. Ya Allah, seramnya 0.o Dua hari, kita berempat je duduk dorm tu. Time nak tidur, boleh pula kau tak boleh tidur. Suruh aku dodoikan bagai -.- Nasib baik elyza ada, bersembang dengan kau. tak payahlah aku susah2 dodoikan kau suruh tidur :)
     Weyh, kau nak quit cheer lagi, aku lempang karang? Mengada betul, dah form 4, dah tua bangka, nak mengada-ngada lagi. Sebab apa? Sebab sikit je form 4 yang masuk cheer. Weyh, takkan kau nak biarkan aku dengan sina jeee. Nasib baik sina ada tolong pujuk kau sekali. Annoying -.- okay, tak jadi quit? Baguslah tu. Masalahnya, time aku duty, tak nak pula kau pergi practice cheer, sebab takut sorang2. Time kau duty, boleh je aku pegi practice cheer sorang2 -.- apa-apa lah kau, asalkan kau tak quit :P
     210211, weyh semua org datang dorm kita. Atty, Jaja, Suhaili, Dania, Deena, Jeje, Feeza Atan, Zana, *aku tak ingat, ramai sangat >.< bawak cincin bagai, rombongan meminang. Sengal laaah, Atty and Jaja nak 'kahwinkan' aku dengan kau. GILA!! Game family ni memang kita dah main dari form 2 lagi, Tapi tahun ni, diorang nak aku kahwin. HAHAHAHA, Ntah apa-apa taaah. Dengan Elyza nya jadi tok kadi. Tak mature langsung.

"Syakie Zokri bin Atty Kemri, aku nikahkan dikau dengan Te'a Noordin bt Feeza Atan dengan mas kahwinnya, bla bla bla" (nama pun tak bole blah)

     Lagi satu, kau suka kan gaduh dengan aku depan budak dorm? Lempang aku bagai. Masalahnya budak dorm asyik menyebelahi kau je. Sebab apa, sebab diorang nampak aku belasah kau teruk2. Padahal diorang tak tahu, before tu, kau yang belasah aku dulu. Kau yg selalu cari pasal dengan aku dulu, kau sedar tak? 0.o Haih, mentang2 kau lagi kecil, diorang kesiankan kau. Dah lah kalau aku takde kat dorm, takut nak tidur. Pasal form 1 semua dah tidur. Tunggu aku balik dorm, lepas tu suruh aku sembang2 dengan kau, smpai kau tertidur.
     Nak stay up buat homework pun, suruh aku teman. Bila aku dah ngantuk, nak tidur, suruh aku stay kejap je, kejap jeee. Itulah yang selalu kau cakap. Takutlah tuuu. Foine, bila dah LAMA sangat, aku tidur terus. Ngantuk kooot. Baru kau kelam kabut tutup buku, kau tidur juga. Hahahahha, kelakarlah kau ni. Apa yang kau takut, aku pun tak tahu.
      Pasal DEMERIT, kalau budak dorm buat demerit, kau bengang memang aku bengang sekali. Baru form 1, dah banyak buat demerit. Apa haalll?? Memang aku bengang kat belakang jee, bila dah gather dengan diorang, kau marah aku pasal aku tak marah form 1. masalahnya, feel nak marah aku dah hilaaaaang. MARAH AKU CEPAT REDA okay?? Sorry lah Te'a. Suruh Elyza and Daiz je marah diorang okay?
     Kalau aku gaduh dengan kau tahap teruk gila smpai aku merajuk dengan kau, aku lari pergi dorm Jaja. Chryst 2, kau pula lari pegi Tulip 1 Bay 2. bagus sangatlah tu yee?? Sorry lah, ego aku memang tinggi, Te'a. Jaja siap marah aku lagi tanya bila aku nak baik dengan kau? Macam mana aku boleh baik dengan kau balik, aku pun dah lupaaa. Tapi, seriously, aku tak suka gaduh dengan kau teruk gila sampai merajuk lari dorm orang lain bagai. Aku tak sukaaa. Kau sakit hati, aku pun sakit hati >.< Maaf lah, manusia tak sempurna :) kalau nak gaduh, gaduh pukul2 jelah okay? Tak perlu merajuk-rajuk ni.
      Te'a, tak payah gaduh depan PMC bo? Haih, memalukan diri je. Saje kan kau? Dah lah kau ketua group. Nak annoying pun, kat dorm jelaaah. Tak perlu depan form 3 PMC okay? Padan muka, Aliah marah. (tak marah pun sebenarnya, sebab aku yang report kat Aliah) muehehehehe.

     Weyh, kalau aku nak cerita pasal kau ni, memang sampai bila2 pun tak akan habislah kan? Penat menaip, sampai sini jelaaaah. aku nak wish, HAPPY BIRTHDAY je, :D macam aku dah cakap,
aku lagi tua dari kau, so, sila HORMAT AKU okay? Te'a, aku sayang kau laaah :D

Wednesday, December 28, 2011

Bukit Tinggi

Hari tu pergi bukit tinggi,
jalan bengkak-bengkok o.0
tapi, jalan pegi Fraser's Hill lagi dahsyat lah :)

and serious, bangunan dia lawa
macam dalam game MARIO :)

dalam banyak2 pic, paling suka yg ni!!