Sunday, May 27, 2012

Anugerah Asrama Terbilang

      Lama gila tak update blog ==" haih, macam2 benda terjadi. Banyak sangat!! AAT lah yang paling menyedihkan. Setelah beberapa bulan semua captain, vice capt, high-com house bertungkus-lumus untuk AAT, akhirnya semuanya hancur sebab SSPians sndiri -.-' Sedih gila!! Penat je, kami stay up sampai pukul 3, 4 pagi selama beberapa minggu. Sedih gila dengan perangai SSPians. Ugghhh, ni nak cerita ni.

Malam before AAT
Semua warden ada. Cikgu Fazilah, Mama Mona, Cikgu Ain, Cikgu Maimunah, Cikgu Ati, Puan Laila, Kak Ita, and Kak Shima. Semua buat kerja masing2, untuk AAT lah. Captain and vice capt siapkan file sistem rumah, Top 5 buat file AAT. Hahaha, ingat lagi macam mana printer cikgu Fazilah buat hal. Ink tak keluar. Tapi, kalau dengan orang, dia jalan pula :) So, orang lah yang kena jaga printer, and ink pon merata-rata kat tangan. Mawad was with me :) Umairah pergi sana sini dengan Faralia, ambil apa2 gmbar yang diperlukan. Mimi and vice capt buat file. Huh, memang busy semua orang. Malam tu, terkejut sebab Bonda datang. BONDA kuuuut. Sanggup turun padang :) Dia bagi nasihat and pesanan suruh buat elok2 :)

Pagi AAT
Pergi meeting house, pesan dekat budak2 apa2 yang patut. Oh, ingat lagi I tanya form 2, TOILET OKAY?? Mereka cakap okay!! Fine :) Dah habis tu, balik asrama balik, ready untuk AAT. Aliah suruh captain and vice capt rounding tengok semua dorm. Haaaaa, dah tak sempat!! Minta tolong PMA buat. Tiba2, dapat berita mereka dah sampai. Kami pun lari2 pegi lobi. Ada 3 orang, 2 org SBP and sorang KPM. Cik Zakiah, Tuan Amiruddin and Tuan Haji Abdul Malek. Me, Mimi, Fairuz and Sharmine usher Tuan Haji Abdul Malek. Kak Ita and Kak Shima pun ikut kami. Pegilah jalan2 dekat groundfloor. Sampai Sapphire, dia nak naik atas lah pula. Foine, Mimi dengan chill nya usher dia naik firsfloor. Okay. naik secondfloor pula, pergi ORCHID. Semua okay, tapi bila dah sampai hujung, JENG JENG JENG!! Ada seni lukis pula kat tiang ==' Takpe, naik topfloor pula. Tiba2 dia kata, dia nak tengok toilet. Mimi pun bawalah dia. Mimi buka pintu bahagian shower and DUSH!! Horror gila nak mati >.< Kak Ita, Kak Shima, Fairuz and Sharmine ikut masuk sama. Mimi patah balik tarik me keluar toilet. "Weyh, asal form 2 kau tak kemas toilet weyh?" Pergh, MATI KATAK JAP!! Rasa bengang jap. Dipendekkan cerita, habis rounding satu hostel, kami pun masuk rec room Emerald. Kami disoal dengan soalan tahap IQ tinggi gila. Tapi, kami jawab dengan sedaya upaya. After tu, mereka nak check file. Mereka suruh kami masuk kelas. Cikgu cakap takpe, awak balik kelas, biar cikgu yang uruskan selebihnya.

After AAT
Kami semua pergi surau. Bila dengar cerita Mawad , Umairah dan lain-lain, pasal rounding hostel tadi, sumpah rasa teruk gila. Mawad lah yang kena paling teruk sebab dia usher Cik Zakiah. Kesian Mawad!! Sampai hati SSPians buat captain macam ni >.< Buat penat je kami stay up lama2. Tinggal kelas lah, tulah nilah. Sedih bhaii!! Satu hari tu memang kami tak masuk P&P lah kan? After kelas BM petang di DK, Cikgu Halimatus jumpa kami 4 org. Dia pun kesian pada kami. Dia cakap "takpe, jangan sedih sangat. Kamu kena ubah niat, buat benda tu bukan untuk menang, tapi buat dengan ikhlas" Okay!! Then, kami pergi bilik guru jumpa MAMA kami, Cikgu Fazilah. Masa nak masuk bilik guru tu, mata dah berair dah. Tak sanggup nak jumpa cikgu bila fikir balik kejadian pagi tadi. Sob Sob, Mimi je yang tak nangis. Tough gila dia!! Bila tanya Mawad, dia cakap, Mimi memang macam tulah, dia takkan nangis depan org ramai, dia nangis kat orang tertentu jee. Time jumpa cikgu, cikgu cakap "takpe, cikgu tahu bukan salah captain. Captin dah berusaha sungguh2, cikgu sendiri yg nampak" SEDIH gila part tu!! Kami pun bagitahulah, malam ni ada sesi TEGURAN kat surau. Cikgu cakap, okay, buatlah. Tapi, cikgu suruh guna psikologi. Insya-Allah kalau kami dapat bertahan cikgu :) SAYANG MAMA!! 

After DM
Aliah buat announcement nak jumpa Captain. Aliah bagitahu, apa yang cikgu dah ckp kat dia. Dia mintak maaf sebab tak jadi ketua yang baik. Hey Aliah, kami pun sama jelah. Salah captain, salah kitorang juga sebab tak sempat rounding >.< Pergh, nangis lagi time tu. Huh, kami berempat pon pergilah balik hostel jap. Masa tengah basuh fork and spoon, tiba2 rasa sedih sangat!! WAAAAHH!!! I teriak sekuat hati, kuat gila nangis!! Mawad, Mairah dan Mimi terkejut dengar I nangis kuat tetiba. Mairah pun ajak pergi jalan2 satu trek, buka kasut. Di situ, kami pun menangis sepuasnya-puasnya. Kami fikir balik, apa kesalahan kami smpai SSPians sanggup buat kami macam tu.

Surau
Aliah cakap, Mama Mona suruh marah je SSPian. Fine, kami pun ready untuk marah. Tapi, after solat maghrib, pakai tudung untuk balik hostel jaga gate then bagitahu mawad yg diri ini tak sanggup nak marah sebab TAKUT BURST!! Mawad ckp, "Syakie, kau ada kitorg :) kita marah sama2 ye? kalau tak, nanti SSPians tak sedar apa kesalahan diorang" Awwhh, okay!! dapat kekuatan. Memang kami marah teruk gila lah malam tu!!! Ingat lagi, I tertumbuk Aliah sebab GERAM sangat!! muehehehe :)

      Itu jelah ceritanya. Oh, masa 16 Mei yang satu sekolah kena masuk Hall untuk dengar perutusan, Bonda ada bagi speech yang menyentuh pasal AAT. Dia cakap pasal vandalisme, and rupa-rupanya ada maksud tersirat. Cikgu Ain ada jumpa Aliah. Before masuk bilik mesyuarat untuk gather Philippines, Aliah bgth kami pasal result AAT and Sistem Rumah. Sangat sedih!! Seperti yang dijangkakan, kami tak berjaya menang. Aliah cerita, cikgu Ain cakap macam ni kat dia

"Awak dah dengarkan Bonda cakap apa tadi? Kita tak menang pon sebab vandalisme kat sekolah ni. Takpelah Aliah, awak nak nangis, nangis lah. Kami semua, cikgu2 dah penat dah nangis"

DUSH!! bila fikir balik ayat cikgu AIN,  Kami semua, cikgu2 dah penat dah nangis. CIKGU NANGIS?? Sedih laaah. dah lah, takpe cikgu! Kami akan pastikan, tahun depan kita MENANG!! Macam janji kami dalam video yang kami buat utk cikgu time teacher's day. Kami akan pastikan next year, kita menang!! so, Next Year Leaders, All The Best!!