Monday, February 18, 2013

Driving Lessons III

        Hari ni belajar drive untuk kali ketujuh. Haih, tak tahulah Si Kerol ni kira macam mana, I mean, jam belajar tu. Dia macam tak ambil kisah pun, bila dia cakap ada kelas, adalah. Apa-apalah, asalkan dia ajar sampai pandai. Hari ni kelas start pukul 9. Tapi macam dah agak, dia datang awal 5 minit. Nasib baik time tu dah keluar rumah. Before tu, sempatlah beli roti untuk breakfast. Bila masuk je dalam kereta,
Syakie : Eh, boleh tak saya nak makan?
Kerol   : Makan jelah. Saya lagi suka orang makan dalam kereta saya.
Syakie : Hmm, okay. Eh, hari ni, saya sorang je ke belajar?
Kerol   : Eh takdelah, ada sorang lagi, budak laki. Kenapa?
Syakie : Oh, tak adalah. Saje tanya.

          Bila dah sampai rumah budak laki tu, rasa familiar jap. Eh, ini bukan rumah Haziq ke? Memang sah ni rumah dia. Dia dah test Jumaat lepas rasanya, kenapa ada lagi?? Haih, ni yang risau ni. Kalau dia pun tak lepas, apatah lagi diri ini? CUAK nyeee >.< Rupanya, dia kena repeat jalanraya. Bila dah sampai tempat tu, Kerol nak Haziq buat dulu. Dia pun tanyalah, "Nak tunggu kat kantin ke, ikut pegi jalanraya?". Sebab gaya dia tanya pun macam nak menghalau, so cakaplah nak tunggu kat kantin je.

       Lama gila tunggu diorang. Bila dah siap menunggu, masuk je dalam kereta, Kerol suruh buat bukit, parking and 3point turn. And for your information, time tu pakai KERETA VIVA. Selalunya pakai Kancil untuk buat bukit parking, Viva tu untuk on the road je. And rasanya, sebab tulah enjin kereta selalu mati =.= Before ni, tak pernah bawa enjin mati tau!! Time tengah drive tu, tiba-tiba Kerol keluar dari kereta.

Kerol  : Haziq,  kau tolong tengokkan dia jap. Kalau dia buat salah, kau marah je.
Haziq : Hahaha, hmm.

       Tinggallah me and Haziq je dalam kereta tu. Haziq duduk kat seat belakang. Masa buat bukit, dia bagitahulah kena berhenti kat mana, sign borang blah blah blah. Memandangkan dia dah ambil test tu, so kiranya dia dah ada pengalaman lah. After siap bukit, pergilah kat bahagian parking. Tiba2 ternampak Iman Natasha Junaide tengah buat bukit. Eh, Iman!! Masa tu, ingat nak jerit je nama Iman, tiba2 Haziq pula bersuara. Dia bagitahu pasal parking pula. Rajin pula Si Haziq ni, Kerol suruh tengokkan je, bukannya ajar =.= Takpelah, dia banyak membantu :)

      Masa kereta tengah beratur untuk buat parking, bila tengok side mirror, nampak Iman kat belakang kereta kitorang. Then tiba-tiba, Iman potong kereta kitorang and pergi kat petak parking number 1. Dia ni, tak nampak ke kita =.= Biarlah dia. Bila dah sampai turn my turn untuk parking, tanyalah Haziq, "Eh, dah sampai kat line kuning ke?" Dia pun keluarkan kepala dia ikut tingkap, tolong tengokkan. Dia bagitahulah, "Reverse sikit, ke depan sikit. oh, okaylah tu". Bila dah habis parking je, tiba2 Kerol datang. Dia cakap parking tak betul =.=

          Lepas buat parking, pergi three point turn pula. Nampak lagi Iman tengah buat three point turn tu. Haziq tolong lagi. Bila dah pusing kanan tu, Haziq cakap okaylah tu. Bila nak reverse je, tayar kena line kuning. Haziq cakap, "Hmm, susahlah sebab kereta ni besar. Pakai Kancil senanglah". Then pergi bukit balik. Kerol masuk dalam kereta, dia pun tanyalah okay ke tak? Cakaplah terlanggar line kuning. Dia pon membebel lah, bla bla bla. Seriously, hari ni dia garang semacam =.= Dia cakap kita DEGIL. 

          Masa dia marah tu, dalam hati ni nak je cakap, "Saya ikut cakap Haziq okay?". Tapi tak boleh nak salahkan Haziq juga. Siapa suruh ikut cakap dia =.= Esok ada kelas lagi sebab Rabu dah test dah. CUAK laaahhh. In sha-Allah lulus. Esok nak buat betul2!! Tak nak kena marah dah :P

Moral of the story : Jangan ikut cakap orang. Masa kau test, ada ke orang nak tolong tengokkan?? =.=

No comments:

Post a Comment